Saturday, November 10, 2012

Kerajaan Elektronik

Kerajaan elektronik (e-kerajaan) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan masyarakat dan negara. Bincangkan kepentingan kerajaan elektronik kepada negara dan langkah yang perlu diambil bagi melancarkan pelaksanaannya.
 2+2 ( kepentingan

A: KEPENTINGAN
Kerajaan lebih terbuka dan telus
  • Orang ramai boleh mengakses maklumat tersebut dengan mudah pada bila-bila masa
  • Menerbitkan debat dalam Parlimen dan minit mesyuarat pentadbiran pada laman web kerajaan.
 Menyebarluaskan dasar kerajaan
  • Mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian kerajaan
  • Masalah yang berpunca daripada ‘karenah manusia’ dapat dihindari
 Memudahkan perkhidmatan
  • Alat pencegahan rasuah yang sangat berkesan.
  • Menyediakan borang dan perkhidmatan pelesenan atas talian untuk mengelakkan individu pergi ke pejabat kerajaan dengan risiko pembuangan masa dan kejadian rasuah.
  • Urusan dapat dijalankan dengan cepat
 Meningkatkan mutu dan kecekapan sektor awam
  • Pelanggan menggunakan kemudahan untuk berurusan dengan lebih cekap dan pantas melalui laman web www.gov.my
  • Pengguna tidak perlu ke kaunter pejabat perkhidmatan awam kerana perkhidmatan tersebut boleh diakses di hujung jari.
  • Pembayaran bil kemudahan asas, semakan saman trafik , penghantaran tender kerajaan dan pendaftaran perniagaan dapat dilakukan secara terus dalam talian.
  • Kurang berlakunya kesilapan dalam pengiraan data
 Mempelbagaikan jenis perkhidmatan berasaskan ICT
  • Pelbagai perkhidmatan ditawarkan melalui penggunaan internet sebagai mediumnya , contoh e-dagang, e-perubatan, e-filing dan sebagainya.
  • Contohnya: E-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran , menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelanggan online.
B: LANGKAH
Menambah jumlah tenaga pakar
  • Menambah jumlah tenaga pakar sekurang-kurangnya seorang untuk setiap jabatan.
  • Menyediakan kursus-kursus kepada kakitangan awam
  • Tambah kursus berkaitan ICT di IPT
 Meningkatkan infrastruktur ICT
  • Kerajaan membina infrastruktur bertaraf dunia dan memastikan bekalan elektrik disalurkan kepada rakyat di seluruh negara
  • Pemberian komputer 1 Malaysia untuk mendedahkan para pelajar tentang ICT
  • Penubuhan Makmal ICT di sekolah-sekolah
Pendidikan
  • Anjakan paradigma dalam kalangan masyarakat untuk menerima sepenuhnya penggunaan teknologi dalam sistem penyampaian awam.
  • Pihak kerajaan memberi maklumat tentang kemudahan yang diperoleh oleh orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-kerajaan
  • Pendedahan kepada orang ramai tentang cara-cara menggunakan aplikasi e-kerajaan sama ada melalui kempen-kempen mahupun pendidikan di sekolah
Menyediakan dana yang mencukupi
  • Menambah peruntukan kewangan bagi menjamin kemudahan kerajaan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya
  • Kerajaan memperuntukkan RM 12.9 bilion bagi aplikasi teknologi maklumat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Insentif
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas individu-individu yang membeli peralatan ICT
  • Pemberian status MSC

4 comments: