Thursday, October 18, 2012

Jenayah Kolar Putih

Belakangan ini, jenayah kolar putih seperti rasuah semakin berleluasa.Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung masalah ini.

Pengenalan
  • Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional.
  • Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan - pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah.
  • Boleh menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.

Langkah-langkah pencegahan
  • Penguatkuasaan undang-undang
  • Mewujudkan rasa takut memikirkan kesan buruk kegiatan mereka
  • Prosedur kerja yang ketat
  • Menambah bilangan kakitangan penguatkuasa   
  • Kempen kesedaran     
  • Mengurangkan kerenah birokrasi
Kesimpulan
  • Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: “Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara.”
  • Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini.

Laman Web Sosial

Banyak laman web sosial kini menawarkan pelbagai bentuk interaksi antara pengguna di seluruh dunia. Penggunaannya secara tidak terkawal mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

Pendahuluan
  • Dewasa ini, banyak laman web sosial yang menjadi penghubung di seluruh dunia.
  • Namun demikian, jika penggunaannya disalahgunakan, pelbagai kesan negatif akan timbul.

Kebaikan
  • Memudahkan komunikasi
  • Menjimatkan masa/kos
  • Mengeratkan hubungan
  • Boleh membantu mempromosi sesuatu/peluang perniagaan/iklan
  • Mudah menyebarkan maklumat/ propaganda
  • Perkongsian maklumat/ilmu mendapat maklumat terkini dengan cepat
  • Mengisi masa lapang

Keburukan
  • Melalaikan/melekakan/membuang masa
  • Ketagihan/ Obses Sukar berenggang darinya
  • Terhakis pergaulan secara reality/kurang bersemuka
  • Gangguan kesihatan
  • Penyebaran fitnah/maklumat palsu
  • Pencerobohan maklumat peribadi/penipuan
  • Masalah rumahtangga

Kesimpulan
  • Kesan baik atau buruk bergantung kepada cara penggunaan laman sosial 

Perusahaan Kecil Dan Sederhana ( IKS )

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) banyak menyumbangkan perkembangan ekonomi negara khususnya meningkatkan pertumbuhan KDNK.Oleh itu, langkah-langkah memajukan PKS di negara ini amat penting.
Bincangkan.

PENGENALAN
IKS mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia Pertama (RM1) (1966-1970).PKS penting dalam pembangunan negara.


Meningkatkan pertumbuhan KDNK 
·         Jumlah sumbangan PKS pada era 2000 kepada sektor perkilangan negara secara keseluruhannya
       adalah di sekitar 40% setahun.
·         Meningkatkan pendapatan negara

Mewujudkan rantaian ekonomi         
·         Rantaian ekonomi lebih kukuh melalui hubung jalin dengan firma besar
·         PKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendokong kepada ekonomi berskala besar – sistem 
       vendor dalam industri automobil

Menambah peluang pekerjaan
·         Penggunaan tenaga buruh secara intensif berbanding firma besar yang mengunakan jentera.
·         Peluang pekerjaan yang banyak boleh meningkatkan pendapatan per kapita – Industri pembuatan
       makanan, kraf tangan dan perabot
·         Mengurangkan kadar pengangguran

Meningkatkan kualiti pengurusan      
·         Menjana kemahiran pengurusan,syarikat dan kewangan kepada masyarakat setempat
·         Meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan menerusi kursus, latihan lanjutan, seminar dan
       perbincangan.

Meningkatkan teknologi dalam negara.
·         Pemindahan teknologi membantu PKS meningkatkan kualiti produk dan secara tidak langsung
       turut
·         Mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan industri berteknologi tinggi.

Meningkatkan keupayaan modal       
·         Modal diperoleh daripada pemilik sendiri, saudara-mara atau rakan perniagaan dan institusi
       kewangan
·         Pelaburan modal ini menjadi besar apabila keseluruhan PKS digabungkan.

LANGKAH MEMAJUKAN PKS
Memperluaskan program vendor     
·       Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran produk kerana pasaran produk PKS ditentukan
       oleh industri skala besar.
·        Program ini diselaraskan oleh MITI.
·        Contoh, proton telah melantik beberapa vendor melalui skim komponen proton.

Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS           
·         SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS khususnya dalam pemberian pinjaman.
·         SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan kualiti produk PKS di samping memodenisasi
       PKS.

Mengembangkan usaha R&D
·         Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah mengembangkan R&D PKS.
·         Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk PKS agar berdaya saing
·         Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS.

Khidmat bimbingan   
·         Pengusaha PKS perlu khidmat bimbingan yang berterusan agar PKS dapat bersaing dalam
        peringkat global.
·         Contohnya program khidmat nasihat daripada MITI dan SMIDEC
 
Mewujudkan dana khusus     
·         Menyediakan dana khas seperti tabung industri bumiputera,tabung usahawan PKS, skim
       perniagaan kecil dan skim kredit mikro.
·         Bank-bank tempatan juga turut menyediakan pinjaman tertentu kepada PKS – SME Bank

KESIMPULAN
Perkembangan IKS amat penting dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang tahun 2020.

Penyalahgunaan Dadah

Polis dan penguatkuasa sering melakukan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan. Ramai yang telah ditahan atas kesalahan menyebar dan mengambil dadah seperti heroin, ganja dan pil ekstasi.Pusat serenti pula dipenuhi dengan penagih dadah yang perlu dipulihkan.

Huraikan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan yang dihadapi untuk membendung gejala ini.
= 2+2 ( kesan penyalahgunaan + kekangan membendung )

PENGENALAN
·         Dadah musuh utama negara
·         Penyalahgunaan dadah mendatangkan kesan buruk
·         Pelbagai  kekangan dihadapi untuk menghalang gejala ini

Kesan
Menjejaskan kesihatan seseorang
·         Penagih hilang selera makan
·         Kekuatan fizikal terjejas
·         Sistem saraf lumpuh- membawa maut
·         Hilang pertimbangan / kewarasan
·         Cenderung bertindak ganas dan hilang disiplin diri

 Menjejaskan ekonomi negara
·        Produktiviti kerja penagih merosot
·         Kehilangan pekerja yang produktif
·         Kerugian / pembangunan terjejas
·         Tanggung kos pembinaan pusat pemulihan  / kos rawatan/ pengurusan pusat

Menimbulkan masalah sosial
·         Keluarga penagih menjadi tidak aman
·         Anak-anak terbiar tidak terjaga
·         Banyak kecurian, rompakan, pelacuran, kes bunuh
·         Penyakit AIDS merebak melalui perkongsian jarum suntikan / pelacuran

Menjejaskan imej negara 
·     Dianggap sebagai pusat transit dadah
·        Tidak selamat untuk dilawati
·         Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
·         Mencacatkan pemandangan – Golongan penagih yang bergelandangan

Kekangan
Kelemahan individu sendiri
·         Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah
·         Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
·         Tiada usaha / inisiatif memperbaiki diri
·         Kurang pengetahuan / mudah tertipu
·         Tiada / kurang pegangan agama
·         Pergaulan bebas / pengaruh rakan
 
Sikap tidak ambil peduli masyarakat  Individualistik dan materialistik
·         Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah
·         Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat kejiranan

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
·               Malaysia tempat transit dadah sebelum ke tempat lain
·         Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga dalam melakukan serbuan berterusan
·         Amalan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa
 
Kedudukan geografi   Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah ‘Segi Tiga Emas’
·         Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan sukar dikawal
·         Banyak laluan tikus di kawasan sempadan – Malaysia-Thailand

KESIMPULAN
·         Dadah mendekatkan penagih dengan maut
·         Harus berusaha membebaskan diri, keluarga dan negara daripada dadah