Thursday, October 18, 2012

Penyalahgunaan Dadah

Polis dan penguatkuasa sering melakukan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan. Ramai yang telah ditahan atas kesalahan menyebar dan mengambil dadah seperti heroin, ganja dan pil ekstasi.Pusat serenti pula dipenuhi dengan penagih dadah yang perlu dipulihkan.

Huraikan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan yang dihadapi untuk membendung gejala ini.
= 2+2 ( kesan penyalahgunaan + kekangan membendung )

PENGENALAN
·         Dadah musuh utama negara
·         Penyalahgunaan dadah mendatangkan kesan buruk
·         Pelbagai  kekangan dihadapi untuk menghalang gejala ini

Kesan
Menjejaskan kesihatan seseorang
·         Penagih hilang selera makan
·         Kekuatan fizikal terjejas
·         Sistem saraf lumpuh- membawa maut
·         Hilang pertimbangan / kewarasan
·         Cenderung bertindak ganas dan hilang disiplin diri

 Menjejaskan ekonomi negara
·        Produktiviti kerja penagih merosot
·         Kehilangan pekerja yang produktif
·         Kerugian / pembangunan terjejas
·         Tanggung kos pembinaan pusat pemulihan  / kos rawatan/ pengurusan pusat

Menimbulkan masalah sosial
·         Keluarga penagih menjadi tidak aman
·         Anak-anak terbiar tidak terjaga
·         Banyak kecurian, rompakan, pelacuran, kes bunuh
·         Penyakit AIDS merebak melalui perkongsian jarum suntikan / pelacuran

Menjejaskan imej negara 
·     Dianggap sebagai pusat transit dadah
·        Tidak selamat untuk dilawati
·         Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
·         Mencacatkan pemandangan – Golongan penagih yang bergelandangan

Kekangan
Kelemahan individu sendiri
·         Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah
·         Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
·         Tiada usaha / inisiatif memperbaiki diri
·         Kurang pengetahuan / mudah tertipu
·         Tiada / kurang pegangan agama
·         Pergaulan bebas / pengaruh rakan
 
Sikap tidak ambil peduli masyarakat  Individualistik dan materialistik
·         Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah
·         Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat kejiranan

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
·               Malaysia tempat transit dadah sebelum ke tempat lain
·         Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga dalam melakukan serbuan berterusan
·         Amalan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa
 
Kedudukan geografi   Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah ‘Segi Tiga Emas’
·         Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan sukar dikawal
·         Banyak laluan tikus di kawasan sempadan – Malaysia-Thailand

KESIMPULAN
·         Dadah mendekatkan penagih dengan maut
·         Harus berusaha membebaskan diri, keluarga dan negara daripada dadah

1 comment:

  1. Casino Near DC, MD - Mapyro
    The following are known properties owned or operated by Casino 여주 출장안마 at 구미 출장샵 The following are known properties owned or operated by Casino 안양 출장마사지 at Risk. Address: 7500 동두천 출장마사지 Hwy. 공주 출장샵

    ReplyDelete