Saturday, November 10, 2012

Pembangunan Sukan

Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun, terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pencapaian atlet dalam bidang tersebut. Bincangkan.

Jawapan 2+2
 A: LANGKAH KERAJAAN
Membangunkan infrastruktur moden
  •  Pembinaan stadium seperti Stadium Bukit Jalil,pembinaan velodram,kolam renang yang moden
  •  Membina trek yang sesuai dan mengikut piawai
  • Kemudahan sukan dibina di seluruh pelosok negara
  • Menaik taraf stadium dan kompleks sukan, contoh Stadium Paroi NS dan Kompleks Sukan Paroi,

Pengiktirafan Insentif
  • Memperkenalkan bantuan dan skim kebajikan, contoh Skim Hadiah Kemenangan Sukan,Skim Hadiah Kemenangan Atlit Remaja
  • Memberikan anugerah dan gelaran, contoh Dato’
  • Memberikan pencen kepada atlet yang cemerlang
  • Memberikan biasiswa kepada atlit remaja yang cemerlang
  • IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukan.

Menyediakan lebih banyak tenaga pakar
  • Menyediakan jurulatih yang berpengetahuan,pakar motivasi, pakar psikologi untuk membantu atlet
  • Memberikan kursus kejurulatihan pada peringkat sijil,diploma dan ijazah
  • Atlet dan bekas atlet yang berpengalaman digalakkan menjadi jurulatih
  • IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukanMembawa masuk jurulatih luar

Program Persediaan Atlit 
  • Membolehkan atlet berasa selesa .tidak gementar ketika bertanding
  • Mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara luar
  • SUKMA dan sukan SEA untuk membantu memulihkan keyakinan atlet
  • Peranan sebagai tuan rumah memberi banyak kelebihan kepada atlit
  • Penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman atlit

Memantapkan pengurusan Sukan
  • Akta Pembangunan Sukan ,1997 membolehkan Pesuruhjaya Sukan memastikan persatuan sukan diurus dan ditadbir dengan lebih bersistem,cekap dan profesional
  • Kursus diadakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk pemegang jawatan persatuan sukan
  • Memastikan pengurusan bertanggungjawab kepada mereka yang profesional
  • Memastikan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran sukan

Program Tunas Muda
  • Menyediakan atlit dari peringkat sekolah
  • Dimasukkan sukan olahraga dan gimnastik dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani
  • Bilangan guru Pendidikan Jasmani ditambah
  • Program mencari bakat muda yang berpotensi dilatih di pusat latihan seluruh negara
  • Program latihan khusus dilaksanakan di institusi pendidikan bagi membolehkan atlit berpotensi meneruskan pengajian
  • Melaksanakan dasar 1M1S dengan mengadakan aktiviti sukan sepanjang tahun

 B: MASALAH

Sikap atlet
  • tidak mempunyai disiplin yang kuat
  • tidak ada jati diri
  • sikap memandang ringan terhadap perlawanan kerana kalah menang tidak penting
  • hanya ingin makan angin ke luar negara ketika mengambil bahagian
  • sukar membentuk budaya pemakanan yang dikehendaki untuk meningkatkan prestasi
  • sombong dan berasa diri terbaik
  • tidak dapat mengikut garis panduan sains sukan
  • sikap mengada-ngada atlit hendak dilayan dengan baik
  • mudah mengalah dan cepat berputus asa
  • kurang kemahiran atau skil dalam sesuatu acara yang dipertandingkan

Kegagalan menyediakan program yang berkualiti
  • atlit terlalu bergantung kepada pengurusan sukan
  • pihak pengurusan lebih mementingkan diri daripada kebajikan atlit
Persatuan sukan tidak profesional
  • pegawai tidak mempunyai misi dan visi
  • menggunakan persatuan untuk kepentingan diri
  • sikap pegawai yang suka mencari pengaruh
  • pegawai yang tidak mempunyai ilmu dalam sukan tersebut
  • dipimpin oleh individu yang dipilih sebulat suara
 Masalah pengambilan dadah
  • ambil dadah untuk tingkatkan prestasi dan stamina
  • kekalkan otot dalam acara bina badan
  • mengambil dadah untuk memberikan kekuatan mental ketika bertanding untuk menghilangkan perasaan gemuruh dan memberi kekuatan
Rasuah
  • atlet diberi rasuah untuk menang atau kalah
  • “bookie” yang mengaturkan perlawanan dengan membeli atlet
  • atlet mengatur perlawanan untuk mendapat keuntungan cepat
  • untuk mendapat keuntungan mudah tanpa memikirkan kepentingan negara
  • dipengaruhi sikap tamak
  • kelemahan pengurusan dalaman-lambat membayar gaji
Kekurangan pelapis baru
  • pandangan dan tanggapan masyarakat sukan tidak menjamin masa depan
  • tiada program untuk menarik minat pelajar di peringkat sekolah untuk terlibat dalam sukan
  • tiada ganjaran yang menarik
  • tiada promosi untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan

No comments:

Post a Comment