Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) banyak menyumbangkan perkembangan ekonomi
negara khususnya meningkatkan pertumbuhan KDNK.Oleh itu, langkah-langkah
memajukan PKS di negara ini amat penting.
Bincangkan.
PENGENALAN
IKS
mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia Pertama (RM1)
(1966-1970).PKS penting dalam pembangunan negara.
Meningkatkan pertumbuhan KDNK
·
Jumlah sumbangan PKS pada era 2000 kepada sektor
perkilangan negara secara keseluruhannya
adalah di sekitar 40% setahun.
·
Meningkatkan pendapatan negara
Mewujudkan rantaian ekonomi
·
Rantaian ekonomi lebih kukuh melalui hubung
jalin dengan firma besar
·
PKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendokong
kepada ekonomi berskala besar – sistem
vendor dalam industri automobil
Menambah peluang pekerjaan
·
Penggunaan tenaga buruh secara intensif
berbanding firma besar yang mengunakan jentera.
·
Peluang pekerjaan yang banyak boleh meningkatkan
pendapatan per kapita – Industri pembuatan
makanan, kraf tangan dan perabot
·
Mengurangkan kadar pengangguran
Meningkatkan kualiti pengurusan
·
Menjana kemahiran pengurusan,syarikat dan
kewangan kepada masyarakat setempat
·
Meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan
menerusi kursus, latihan lanjutan, seminar dan
perbincangan.
Meningkatkan teknologi dalam negara.
·
Pemindahan teknologi membantu PKS meningkatkan
kualiti produk dan secara tidak langsung
turut
·
Mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan
industri berteknologi tinggi.
Meningkatkan keupayaan modal
·
Modal diperoleh daripada pemilik sendiri,
saudara-mara atau rakan perniagaan dan institusi
kewangan
·
Pelaburan modal ini menjadi besar apabila
keseluruhan PKS digabungkan.
LANGKAH MEMAJUKAN PKS
Memperluaskan program vendor
· Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran
produk kerana pasaran produk PKS ditentukan
oleh industri skala besar.
· Program ini diselaraskan oleh MITI.
· Contoh, proton telah melantik beberapa vendor
melalui skim komponen proton.
Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS
·
SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS
khususnya dalam pemberian pinjaman.
·
SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan
kualiti produk PKS di samping memodenisasi
PKS.
Mengembangkan usaha R&D
·
Usaha pemindahan teknologi dari firma besar
telah mengembangkan R&D PKS.
·
Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk
PKS agar berdaya saing
·
Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS.
Khidmat bimbingan
·
Pengusaha PKS perlu khidmat bimbingan yang
berterusan agar PKS dapat bersaing dalam
peringkat global.
·
Contohnya program khidmat nasihat daripada MITI
dan SMIDEC
Mewujudkan dana khusus
·
Menyediakan dana khas seperti tabung industri
bumiputera,tabung usahawan PKS, skim
perniagaan kecil dan skim kredit mikro.
·
Bank-bank tempatan juga turut menyediakan
pinjaman tertentu kepada PKS – SME Bank
KESIMPULAN
Perkembangan
IKS amat penting dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan
yang ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang tahun 2020.