Showing posts with label IKS. Show all posts
Showing posts with label IKS. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Perusahaan Kecil Dan Sederhana ( IKS )

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) banyak menyumbangkan perkembangan ekonomi negara khususnya meningkatkan pertumbuhan KDNK.Oleh itu, langkah-langkah memajukan PKS di negara ini amat penting.
Bincangkan.

PENGENALAN
IKS mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia Pertama (RM1) (1966-1970).PKS penting dalam pembangunan negara.


Meningkatkan pertumbuhan KDNK 
·         Jumlah sumbangan PKS pada era 2000 kepada sektor perkilangan negara secara keseluruhannya
       adalah di sekitar 40% setahun.
·         Meningkatkan pendapatan negara

Mewujudkan rantaian ekonomi         
·         Rantaian ekonomi lebih kukuh melalui hubung jalin dengan firma besar
·         PKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendokong kepada ekonomi berskala besar – sistem 
       vendor dalam industri automobil

Menambah peluang pekerjaan
·         Penggunaan tenaga buruh secara intensif berbanding firma besar yang mengunakan jentera.
·         Peluang pekerjaan yang banyak boleh meningkatkan pendapatan per kapita – Industri pembuatan
       makanan, kraf tangan dan perabot
·         Mengurangkan kadar pengangguran

Meningkatkan kualiti pengurusan      
·         Menjana kemahiran pengurusan,syarikat dan kewangan kepada masyarakat setempat
·         Meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan menerusi kursus, latihan lanjutan, seminar dan
       perbincangan.

Meningkatkan teknologi dalam negara.
·         Pemindahan teknologi membantu PKS meningkatkan kualiti produk dan secara tidak langsung
       turut
·         Mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan industri berteknologi tinggi.

Meningkatkan keupayaan modal       
·         Modal diperoleh daripada pemilik sendiri, saudara-mara atau rakan perniagaan dan institusi
       kewangan
·         Pelaburan modal ini menjadi besar apabila keseluruhan PKS digabungkan.

LANGKAH MEMAJUKAN PKS
Memperluaskan program vendor     
·       Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran produk kerana pasaran produk PKS ditentukan
       oleh industri skala besar.
·        Program ini diselaraskan oleh MITI.
·        Contoh, proton telah melantik beberapa vendor melalui skim komponen proton.

Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS           
·         SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS khususnya dalam pemberian pinjaman.
·         SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan kualiti produk PKS di samping memodenisasi
       PKS.

Mengembangkan usaha R&D
·         Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah mengembangkan R&D PKS.
·         Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk PKS agar berdaya saing
·         Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS.

Khidmat bimbingan   
·         Pengusaha PKS perlu khidmat bimbingan yang berterusan agar PKS dapat bersaing dalam
        peringkat global.
·         Contohnya program khidmat nasihat daripada MITI dan SMIDEC
 
Mewujudkan dana khusus     
·         Menyediakan dana khas seperti tabung industri bumiputera,tabung usahawan PKS, skim
       perniagaan kecil dan skim kredit mikro.
·         Bank-bank tempatan juga turut menyediakan pinjaman tertentu kepada PKS – SME Bank

KESIMPULAN
Perkembangan IKS amat penting dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang tahun 2020.