A: LANGKAH KERAJAAN
- Pembinaan stadium seperti Stadium Bukit Jalil,pembinaan velodram,kolam renang yang moden
- Membina trek yang sesuai dan mengikut piawai
- Kemudahan sukan dibina di seluruh pelosok negara
- Menaik taraf stadium dan kompleks sukan, contoh Stadium Paroi NS dan Kompleks Sukan Paroi,
Pengiktirafan Insentif
- Memperkenalkan bantuan dan skim kebajikan, contoh Skim Hadiah Kemenangan Sukan,Skim Hadiah Kemenangan Atlit Remaja
- Memberikan anugerah dan gelaran, contoh Dato’
- Memberikan pencen kepada atlet yang cemerlang
- Memberikan biasiswa kepada atlit remaja yang cemerlang
- IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukan.
Menyediakan lebih banyak tenaga pakar
- Menyediakan jurulatih yang berpengetahuan,pakar motivasi, pakar psikologi untuk membantu atlet
- Memberikan kursus kejurulatihan pada peringkat sijil,diploma dan ijazah
- Atlet dan bekas atlet yang berpengalaman digalakkan menjadi jurulatih
- IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains sukanMembawa masuk jurulatih luar
Program Persediaan Atlit
- Membolehkan atlet berasa selesa .tidak gementar ketika bertanding
- Mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara luar
- SUKMA dan sukan SEA untuk membantu memulihkan keyakinan atlet
- Peranan sebagai tuan rumah memberi banyak kelebihan kepada atlit
- Penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman atlit
Memantapkan pengurusan Sukan
- Akta Pembangunan Sukan ,1997 membolehkan Pesuruhjaya Sukan memastikan persatuan sukan diurus dan ditadbir dengan lebih bersistem,cekap dan profesional
- Kursus diadakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk pemegang jawatan persatuan sukan
- Memastikan pengurusan bertanggungjawab kepada mereka yang profesional
- Memastikan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran sukan
Program Tunas Muda
- Menyediakan atlit dari peringkat sekolah
- Dimasukkan sukan olahraga dan gimnastik dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani
- Bilangan guru Pendidikan Jasmani ditambah
- Program mencari bakat muda yang berpotensi dilatih di pusat latihan seluruh negara
- Program latihan khusus dilaksanakan di institusi pendidikan bagi membolehkan atlit berpotensi meneruskan pengajian
- Melaksanakan dasar 1M1S dengan mengadakan aktiviti sukan sepanjang tahun
B: MASALAH
- tidak mempunyai disiplin yang kuat
- tidak ada jati diri
- sikap memandang ringan terhadap perlawanan kerana kalah menang tidak penting
- hanya ingin makan angin ke luar negara ketika mengambil bahagian
- sukar membentuk budaya pemakanan yang dikehendaki untuk meningkatkan prestasi
- sombong dan berasa diri terbaik
- tidak dapat mengikut garis panduan sains sukan
- sikap mengada-ngada atlit hendak dilayan dengan baik
- mudah mengalah dan cepat berputus asa
- kurang kemahiran atau skil dalam sesuatu acara yang dipertandingkan
Kegagalan menyediakan program yang berkualiti
- atlit terlalu bergantung kepada pengurusan sukan
- pihak pengurusan lebih mementingkan diri daripada kebajikan atlit
Persatuan sukan tidak profesional
- pegawai tidak mempunyai misi dan visi
- menggunakan persatuan untuk kepentingan diri
- sikap pegawai yang suka mencari pengaruh
- pegawai yang tidak mempunyai ilmu dalam sukan tersebut
- dipimpin oleh individu yang dipilih sebulat suara
Masalah pengambilan dadah
- ambil dadah untuk tingkatkan prestasi dan stamina
- kekalkan otot dalam acara bina badan
- mengambil dadah untuk memberikan kekuatan mental ketika bertanding untuk menghilangkan perasaan gemuruh dan memberi kekuatan
- atlet diberi rasuah untuk menang atau kalah
- “bookie” yang mengaturkan perlawanan dengan membeli atlet
- atlet mengatur perlawanan untuk mendapat keuntungan cepat
- untuk mendapat keuntungan mudah tanpa memikirkan kepentingan negara
- dipengaruhi sikap tamak
- kelemahan pengurusan dalaman-lambat membayar gaji
Kekurangan pelapis baru
- pandangan dan tanggapan masyarakat sukan tidak menjamin masa depan
- tiada program untuk menarik minat pelajar di peringkat sekolah untuk terlibat dalam sukan
- tiada ganjaran yang menarik
- tiada promosi untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan