Tuesday, April 10, 2012

Perincian 6 Bidang dalam NKRA - Bidang 2 : Memerangi Rasuah


  • Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti yang diketahui, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.


  • Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.


  • Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

    • Perincian 6 Bidang dalam NKRA - Bidang 1 : Mengurangkan Kadar Jenayah


      • Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

      • Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri.

      • Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

      i) Jenayah jalanan
      Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Hal yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana jenayah ini merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala kawasan "hot spots" ( kawasan panas kerana banyak berlaku jenayah ) kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

      ii) Keselamatan awam
      Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam. Pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

      iii) Peningkatan Prestasi Agensi PenguatkuasaanUntuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepat proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

      Tujuan Pelaksanaan NKRA



      • Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.


      • Tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar-samar tentang inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.


      • Segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.


      • KPI dalam NKRA disasarkan secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

      NKRA - National Key Result Area - Bidang Keberhasilan Utama Nasional

      Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


      1. Mengurangkan kadar jenayah


      2. Memerangi rasuah


      3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan


      4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah


      5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman


      6. Menambah baik pengangkutan awam





      Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA

      Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:



      1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

      2. Mengurangkan kadar jenayah : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

      3. Memerangi rasuah : Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

      4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

      5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman : Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

      6. Menambah baik pengangkutan awam : Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

      Sumber : PMR

      Saturday, October 1, 2011

      Pembangunan Mengorbankan Warisan Tradisi Dan Nilai Kemanusiaan.



      1. Pendahuluan
        Setiap pembangunan harus dilaksanakan secara terancang dan sistematik-Pembangunan yang dilaksanakan seharusnya tidak menjejaskan sumber asli dan warisan negara yang - bernilai tinggi buat generasi yang akan datang


      2. Kemusnahan Khazanah Hutan
        Hutan merupakan habitat terbesar flora dan fauna - Hutan merupakan sumber ubat-ubatan dan makanan - Hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan membekalkan sumber air bersih - Hutan mempunyai khazanah alam yang menjadi bahan kajian dan penyelidikan pelbagai spesies - Pembangunan akan merosakkan dan menghilangkan identiti hutan sebagai khazanah pelbagai spesies


      3. Kepincangan Nilai dan Adat Tempatan
        Pembangunan mengubah cara hidup masyarakat - Perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi minda dan tingkah laku masyarakat – mementingkan budaya hedonisme -
        Hilang jati diri, semangat patriotisme, lupa akan nilai dan adat tradisional, tidak - menghormati orang tua - Bersikap individualistik dan materialistik – pergaulan berasaskan status atau taraf hidup


      4. Amalan Budaya Tradisional Dipinggirkan
        Perkembangan budaya moden mula melenyapkan amalan budaya tradisi - Nilai estetika dalam permainan dan budaya tradisional mula dilupakan dan hanya dimainkan dalam majlis rasmi atau pertunjukan amal - Generasi muda tidak kenal permainan dan kebudayaan tradisional – akan pupus jika tiada unsur memelihara dan mempraktikkan di sekolah seperti permainan gasing, wau, guli dan lain-lain


      5. Kehilangan Warisan Sejarah
        Monumen dan bahan tinggalan sejarah musnah kerana pembangunan – bangunan lama dirobohkan untuk dibangunkan seperti Penjara Pudu - Kesan pensejarahan akan pupus – bahan rujukan dan panduan masyarakat tentang budaya hidup zaman lampau musnah - Generasi baharu tidak dapat menghayati nilai sejarah berdasarkan bahan peninggalan sejarah yang telah musnah


      6. Amalan dan Nilai Kejiranan Terjelas
        Perkembangan teknologi mengubah corak dan gaya hidup masyarakat moden - Bersikap individualistik dan materialistik – sibuk bekerja setiap masa - Hilang semangat kejiranan – seperti bersatu padu, tolong menolong, bertegur sapa – hilang budaya berjiran - masyarakat kurang berinteraksi dengan jiran, tidak mengenali jiran dan tidak mengambil berat siapa jiran mereka.


      7. Perubahan Bentuk Asuhan dan Didikan Keluarga
        Pembangunan menyebabkan ibu bapa mengubah cara mnendidik anak-anak - Perkembangan teknologi memberi peluang ibu bapa dan anak-anak berkomunikasi secara talian – kerana sibuk bekerja - Hilang suasana kekeluargaan, tidak wujud keharmonian, kurang kasih sayang kerana tiada sentuhan dari ibu bapa - Corak dan amalan institusi kekeluargaan tergugut


      8. Pencemaran Bahasa
        Terdedah kepada bahasa pasar sehingga menggugat penggunaan Bahasa Kebangsaan - Merosakkan struktur ayat, ejaan lebih kepada bahasa rojak - Penggunaan bahasa slaga dan bahasa pasar dalam pertuturan seharian - Penggunaan ejaan yang salah dalam sistem pesaran ringkas menyebabkan berlaku pencemaran bahasa dalam penulisan.

        Kesimpulan
        Pembangunan yang tidak diimbangi dengan nilai dan unsur tradisional akan melahirkan masyarakat dan generasi yang bersikap individualistik dan materialistik.